asiamistik.net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Gallery


Hati-hati melawat org meninggal ....... Empty
Latest topics
» Imitrex Weight
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyThu Aug 04, 2011 9:09 pm by Guest

» Buy generic cialis online now
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyThu Aug 04, 2011 7:46 pm by Guest

» Blu-ray to iPad Ripper take Blu ray DVD movies as far as something iPad
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyThu Aug 04, 2011 9:20 am by Guest

» benefits of taking fish oil
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyWed Aug 03, 2011 10:44 pm by Guest

» Dating aribic guys. Keanu reeves who is he dating.
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyWed Aug 03, 2011 9:41 pm by Guest

» Где лучше купить картридж?
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyWed Aug 03, 2011 7:25 pm by Guest

» It's so great that you share this with us
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyWed Aug 03, 2011 5:54 pm by Guest

» Effect On Caffeine Heart Rate
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyWed Aug 03, 2011 5:19 pm by Guest

» Вот купила samsung scx 3207....
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyWed Aug 03, 2011 11:08 am by Guest

» the best hentai manga the best hentai movie
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyWed Aug 03, 2011 9:00 am by Guest

» Где лучше заправить картридж?
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyWed Aug 03, 2011 8:44 am by Guest

» Drug Preparation Methods
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyTue Aug 02, 2011 7:37 pm by Guest

» Samsung SCX 4623F Где прошить ....
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyTue Aug 02, 2011 1:55 pm by Guest

» best fish for health
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyTue Aug 02, 2011 6:04 am by Guest

» EdmefoWkes
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyTue Aug 02, 2011 4:49 am by Guest

» Buying cheap TRAMADOL in Tempe
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyTue Aug 02, 2011 3:06 am by Guest

» check-up
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyTue Aug 02, 2011 1:39 am by Guest

» Cheap Skate Osiris Shoes
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyMon Aug 01, 2011 9:54 pm by Guest

» Insurance
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyMon Aug 01, 2011 3:13 pm by Guest

» luton pokoje do wynajecia
Hati-hati melawat org meninggal ....... EmptyMon Aug 01, 2011 8:48 am by Guest

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 105 on Wed May 15, 2019 3:07 am
March 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Calendar Calendar


Hati-hati melawat org meninggal .......

4 posters

Go down

Hati-hati melawat org meninggal ....... Empty Hati-hati melawat org meninggal .......

Post by korud Sat Jan 17, 2009 9:05 pm

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah... Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.

Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya).

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal. Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu.

Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya.

Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu.

Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu.

Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya.

Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar
korud
korud
District Mod
District Mod

Number of posts : 40
Reputation : 0
Registration date : 2009-01-09

Back to top Go down

Hati-hati melawat org meninggal ....... Empty Re: Hati-hati melawat org meninggal .......

Post by Admin Tue Jan 20, 2009 12:47 am

Menarik artikel tuan korud ini..
Admin
Admin
Administrator
Administrator

Number of posts : 125
Reputation : -1
Registration date : 2009-01-07

https://asiamistik.forumotion.net

Back to top Go down

Hati-hati melawat org meninggal ....... Empty berhati-hatilah

Post by M!$AiKU Sun Feb 01, 2009 1:12 am

korud wrote:Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah... Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.

Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya).

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal. Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu.

Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya.

Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu.

Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu.

Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya.

Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar
Very Happy Bona tu saudaro korud..,
zaman skrg org tak cayo tu smuo, maklom la bolum kono,
Selain dari doa, petuo org tuo pon kito kono tau..,
kalo org tuo togo kito, ikut jo la, ado borkat nyo tu.. Very Happy
Hati-hati melawat org meninggal ....... 36207_1179012668
M!$AiKU
M!$AiKU
New User
New User

Male Number of posts : 2
Location : alor gajah
Reputation : 0
Registration date : 2009-02-01

Back to top Go down

Hati-hati melawat org meninggal ....... Empty Re: Hati-hati melawat org meninggal .......

Post by rezza Sat Aug 08, 2009 11:16 am

udah rezekinya .bukan semua org deh yg ziarah arwah bisa terkena...badi mayat juga milih2 keserasian.
kebetulan sih pak sedaranya ada potensi gitu.sebagai alat transportasi. Cik Man itu cumain hamba Allah yg mau membantu...keberadaannya gmna..itu nga penting.tapi cara rawatannya bisa melelahkan/capek lho. Apa2 pun syukur semuanya selamat.

rezza
New User
New User

Number of posts : 6
Reputation : 0
Registration date : 2009-08-08

Back to top Go down

Hati-hati melawat org meninggal ....... Empty Re: Hati-hati melawat org meninggal .......

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum