Gallery


Latest topics
» Imitrex Weight
Thu Aug 04, 2011 9:09 pm by Guest

» Buy generic cialis online now
Thu Aug 04, 2011 7:46 pm by Guest

» Blu-ray to iPad Ripper take Blu ray DVD movies as far as something iPad
Thu Aug 04, 2011 9:20 am by Guest

» benefits of taking fish oil
Wed Aug 03, 2011 10:44 pm by Guest

» Dating aribic guys. Keanu reeves who is he dating.
Wed Aug 03, 2011 9:41 pm by Guest

» Где лучше купить картридж?
Wed Aug 03, 2011 7:25 pm by Guest

» It's so great that you share this with us
Wed Aug 03, 2011 5:54 pm by Guest

» Effect On Caffeine Heart Rate
Wed Aug 03, 2011 5:19 pm by Guest

» Вот купила samsung scx 3207....
Wed Aug 03, 2011 11:08 am by Guest

» the best hentai manga the best hentai movie
Wed Aug 03, 2011 9:00 am by Guest

» Где лучше заправить картридж?
Wed Aug 03, 2011 8:44 am by Guest

» Drug Preparation Methods
Tue Aug 02, 2011 7:37 pm by Guest

» Samsung SCX 4623F Где прошить ....
Tue Aug 02, 2011 1:55 pm by Guest

» best fish for health
Tue Aug 02, 2011 6:04 am by Guest

» EdmefoWkes
Tue Aug 02, 2011 4:49 am by Guest

» Buying cheap TRAMADOL in Tempe
Tue Aug 02, 2011 3:06 am by Guest

» check-up
Tue Aug 02, 2011 1:39 am by Guest

» Cheap Skate Osiris Shoes
Mon Aug 01, 2011 9:54 pm by Guest

» Insurance
Mon Aug 01, 2011 3:13 pm by Guest

» luton pokoje do wynajecia
Mon Aug 01, 2011 8:48 am by Guest

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 18 on Tue Jul 02, 2013 6:16 am
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Calendar Calendar


Hantu raya

View previous topic View next topic Go down

Hantu raya

Post by Admin on Thu Jan 08, 2009 10:54 am

Hantu Raya dalam budaya Melayumerujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak sajian termasuk ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya. Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Matlamat

Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya

Kelebihan

  • Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah.
  • Ia boleh menjelma sebagai manusia.
  • Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.


Kelemahan

  • Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.
  • Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.
  • Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.
  • Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.



Penelitian secara ilmiah

Bagaimana tuan punya menurunkan kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.
Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.

Kelemahan hantu raya

Dari segi agama Islam, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.

Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya. Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.

Admin
Administrator
Administrator

Number of posts : 125
Reputation : -1
Registration date : 2009-01-07

View user profile http://asiamistik.forumotion.net

Back to top Go down

Re: Hantu raya

Post by korud on Fri Jan 09, 2009 3:21 am

Wah tuan2 semua nampaknya arif sangat berkaitan dgn hantu2 ini. tak takut ker?

korud
District Mod
District Mod

Number of posts : 40
Reputation : 0
Registration date : 2009-01-09

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum